Saturday, 21 May 2016

Belajar Menghargai

Hari ini aku tiba-tiba tersedar, setiap tahun aku akan ada dengan kawan yang berbeza. Ya, sejak dari 2008. Waktu berkawan tu, aku ingatkan itu je lah yang akan kekal. Setiap kali aku mengharapkan benda yang sama. Tapi yelah perancangan Allah tu mengatasi segalanya. Manusia datang dan pergi. Boleh dikira siapa yang masih ada sampai sekarang. Tak sedih, sebab setiap yang datang dan setiap yang pergi itu membawa 1001 pengajaran dalam hidup aku dan aku bersyukur tentang itu. Tapi aku harap apa yang aku ada sekarang, kawan-kawan yang aku ada sekarang akan jadi kawan-kawan yang bakal ada di masa depan aku. Harapnya begitulah, kita harap yang baik-baik saja. Kalau terlalu fikirkan negatif, takut memakan diri pula. Jadi begitulah. 



"Hargai setiap manusia yang kita ada sekarang kerana kita tak tahu sampai kapan dia akan di sini bersama kita. Semua orang tidak suka akan penyesalan, begitu juga aku. Maka belajarlah untuk menghargai."

No comments:

Post a Comment